Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua PT Daerah Sepang. Memandangkan Modul Keberadaan Guru dalam proses pemindahan ke sistem lain dan maklumat keberadaan guru ini perlu digunakan untuk Dialog Prestasi, oleh itu PT diminta membuat catatan keberadaan setiap hari dan disimpan di dalam folder. PT juga diminta mengisi RUMUSAN PERATUS KEBERADAAN GURU DI SEKOLAH dalam borang online yang disediakan ini pada setiap hujung bulan mulai bulan Mac 2015. PT hanya perlu mengisi ruangan BILANGAN GURU, JUMLAH HARI BERSEKOLAH DAN JUMLAH HADIR (sebulan). Ruangan lain akan dikira secara automatik. Maklumat tentang peratus kehadiran guru setiap bulan akan diambil dari Rumusan Online ini untuk digunakan dalam Dialog Prestasi di peringkat PPD dan JPN. Pengisian ini perlu diteruskan sehingga diberitahu kelak apabila Modul Keberadaan Guru telah stabil sepenuhnya. Pengisian Rumusan Peratus Keberadaan Guru ini boleh dicapai melalui http://unitictppds.blogspot.com
Segala pertanyaan bolehlah diajukan kepada En. Faizam bin Abd Wahab, Penyelia Kanan Sekolah Rendah dan En. Saiful Bahri bin Ghazali, PPPD Pengurusan Sekolah Menengah serta En. Mohamed Sithik bin Mohamad Anip, Penyelia Teknologi dan Maklumat PPD Sepang.
No comments:
Post a Comment