Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua Guru Data Daerah Sepang.
Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah Kutipan Julai 2015 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 13 Julai 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Gemilang SK Kota Warisan
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disemak oleh semua Guru Data sebagai persediaan Bengkel Verifikasi Data Berakhir 31 Julai 2015 :
1. Semak Maklumat Profil Am Sekolah (Semak semua maklumat profil am sekolah)
1.1 Sila semak sesi persekolahan ( jika ada pengisian yang tidak betul sila maklumkan pada saya
dengan kadar segera).
1.2 Nombor telefon sekolah (Pastikan hanya nombor talian tetap sahaja dimasukkan. Bagi
sekolah yang tiada talian tetap, tuliskan 'TIADA').
1.3 Masukkan alamat email btpnsel. (Contoh : bba9201@btpnsel.edu.my).
2. Semak Pengurusan Sekolah. (Semak semua maklumat pengurusan sekolah).
2.1 No. PTJ - Hanya diisi oleh sekolah yang bertaraf Pusat Tanggungjawab sahaja. (Rujuk kerani
kewangan).
2.2 Capaian internet. (Pastikan hanya capaian 1BestariNet sahaja).
3. Semak kedudukan sekolah. (Semak semua maklumat kedudukan sekolah).
3.1 Sila pastikan di alamat, nama sekolah dan poskod tidak diisi sekali lagi. (Berulang).
4. Semak kawasan sekolah. (Pastikan luas kawasan sekolah adalah betul).
5. Semak bangunan sekolah. (Pastikan semua bangunan sekolah telah diisi dan semak dari segi
keadaan blok dan keadaan bangunan).
6. Semak keadaan bilik. (Semak keadaan fizikal dan pendawaian kelas, makmal, bengkel, bilik khas,
bangunan khusus, bilik pentadbiran dan bilik kokurikulum adalah betul).
7. Semak pengisian kuarters guru. (Hanya bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kuarters guru
sahaja).
8. Semak peralatan sekolah. (Pastikan peralatan yang didaftarkan diisi lokasi, jenama, bilangan,
harga seunit, tahun diperolehi dan berapa yang masih boleh digunakan). Peralatan yang telah
dibuat hapuskira boleh dikeluarkan dari senarai).
9. Kemudahan sukan. - Pastikan diisi jenis, status dan keadaan kemudahan sukan yang terdapat
di sekolah. (Sila rujuk PK Kokurikulum).
10. Kemudahan tandas. (Pastikan kemudahan tandas di sekolah diisi bilangan tandas yang ada,
pengguna dan jumlah yang boleh digunakan).
11. Kenderaan sekolah. (Hanya diisi oleh sekolah-sekolah yang mempunyai kenderaan sahaja).
12. Tempat letak kenderaan. (Sila isikan bilangan ruang tempat letak kenderaan).
PERHATIAN - Semua maklumat berkaitan bangunan dan peralatan sekolah hendaklah
disemak bersama-sama Pegawai/Guru yang menguruskan aset di sekolah.
- Sila pastikan semua tarikh kemaskini adalah bulan Julai 2015 walaupun
maklumat berkaitan tiada perubahan
BERSAMA-SAMA LAH KITA MEMASTIKAN DATA SEPANG ADALAH TERKINI DAN TEPAT
No comments:
Post a Comment