Thursday, October 22, 2015

URUSAN PENGISIAN VARIABEL BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS & APLIKASI EKMLTK 2015 DARI 26 OKTOBER – 13 NOVEMBER 2015

PERKARA: URUSAN PENGISIAN VARIABEL BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS & APLIKASI EKMLTK 2015 DARI 26 OKTOBER – 13 NOVEMBER 2015

1.     Adalah dimaklumkan bahawa Urusan Pengisian Variabel Baharu Modul Pengurusan Sekolah SPS dan Aplikasi EKMLTK akan dilaksanakan daripada 26 Oktober sehingga 13 November 2015.

2.     Bagi sekolah-sekolah di Negeri Selangor, urusan ini hanya melibatkan PENGISIAN VARIABLE BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS sahaja. Sila abaikan arahan sistem yang berkaitan urusan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) memandangkan sekolah-sekolah di Selangor tidak mempunyai kategori tahap kesusahan P1, P2 atau P3.
3.     Urusan ini bertujuan untuk:
                                i.            Pengisian data untuk variabel baharu untuk keperluan EKMLTK di dalam Modul Pengurusan Sekolah.
                              ii.            Pengujian akhir fungsi dan keupayaan Aplikasi EKMLTK. (negeri yang terlibat sahaja)
                            iii.            Menggunakan data Modul Pengurusan Sekolah sebagai data utama di dalam penentuan kategori pedalaman sekolah untuk pelaksanaan pembayaran Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada sekolah-sekolah pedalaman.

4.     Pemakluman pelaksanaan urusan ini akan dimuat naik ke Aplikasi EMIS Online dan boleh dibaca mulai 24 Oktober 2015 (Sabtu).

5.     Urusan ini melibatkan SEMUA sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

6.     Semua sekolah di Selangor dikehendaki membuat semakan dan pengisian data untuk variabel baharu di dalam  Modul Pengurusan Sekolah iaitu:

                               i.            Pengurusan Sekolah
                             ii.            Kedudukan Sekolah
                          iii.            Kuarters
                           iv.            Akses Sekolah

7.     Bagi melicinkan pelaksanaan urusan pengisian data untuk variabel baharu dan borang permohonan EKMLTK (Tidak melibatkan sekolah di Selangor), Guru Data dan Maklumat Sekolah (GDM) dikehendaki memuat turun dokumen berikut melalui Aplikasi EMIS Online:

                               i.            Dokumen EKMLTK-FAT01
Tatacara pengisian data untuk variabel baharu di dalam Modul Pengurusan Sekolah dan Borang Permohonan EKMLTK

                             ii.            Dokumen EKMLTK-FAT02
Definisi variabel baharu untuk Modul Pengurusan Sekolah dan Borang Permohonan EKMLTK

8.     Selain daripada itu, bagi keperluan semakan dan pengesahan data oleh Pengetua/Guru Besar (PGB), semua kata laluan untuk PGB ditukar (reset) kepada kata laluan defaultiaitu “12345678”. Nama pengguna atau user id untuk PGB adalah “PGBXXXXXXX” di mana “XXXXXXX” adalah kod sekolah. Pengetua dan Guru Besar adalah dinasihatkan untuk menukar kata laluan apabila membuat log masuk untuk kali pertama. Pemakluman penukaran kata laluan ini juga akan dimuat naik ke dalam Aplikasi EMIS Online seperti di perkara (4) di atas.

9.     Sehubungan itu, semua Penyelia Maklumat Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah adalah dimohon untuk melaksana dan memantau urusan ini di dalam tempoh yang ditetapkan.

10.             Sila panjangkan arahan ini kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD masing-masing dengan kadar SEGERA. Sila patuhi tempoh pelaksanaan perkara ini seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

11.            Bersama-sama ini juga disertakan dokumen berikut untuk rujukan:

                                            i.            Dokumen EKMLTK-FAT01
                                          ii.            Dokumen EKMLTK-FAT02

12.            Sebarang pertanyaan berkaitan urusan ini, sila berhubung En. Ezani Bin Yusoff, Penolong Pengarah Maklumat di talian 03-5518 9213 atau urus setia peringkat Kebangsaan bagi Negeri Selangor seperti berikut:

Pegawai
JPN
Telefon/E-mel
Cik Sharifah Shalwa Binti Syed Sulaiman
Selangor, Perlis
03-8884 6543

13.            Perhatian dan tindakan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment