Thursday, October 29, 2015
BORANG ADUAN PERMASALAHAN DALAM URUSAN SSO DAN MODUL PENGURUSAN SEKOLAH
Borang Aduan Permasalahan Dalam SSO Dan MPS. Guru data boleh mengisi borang aduan permasalahan sekiranya menjumpai sebarang masalah semasa urusan single sign on (SSO) dan menjumpai masalah dalam pengisian Modul Pengurusan Sekolah. Masalah- masalah yang dijumpai ini akan dipanjangkan ke JPN dan KPM untuk diambil tindakan oleh mereka untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi sistem berkenaan.
UTILITI SEMAK RALAT TERKINI 30/10/2015 VERSI SEKOLAH
Semua Guru Data diminta download Utiliti Semak Ralat Terkini 30/10/2015 Versi Sekolah dan jalankan semakan data. Ralat yang keluar hendaklah dibetulkan di dalam Sistem Modul Sekolah kecuali jika ralat itu benar. Cetakan ralat ini hendak disahkan oleh pengetua/guru besar dan dihantar ke PPD Sepang bersama-sama Lampiran Pengesahan Data Sekolah selewat-lewatnya pada 5hb November 2015.
Thursday, October 22, 2015
URUSAN PENGISIAN VARIABEL BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS & APLIKASI EKMLTK 2015 DARI 26 OKTOBER – 13 NOVEMBER 2015
PERKARA: URUSAN PENGISIAN VARIABEL BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS & APLIKASI EKMLTK 2015 DARI 26 OKTOBER – 13 NOVEMBER 2015
1. Adalah dimaklumkan bahawa Urusan Pengisian Variabel Baharu Modul Pengurusan Sekolah SPS dan Aplikasi EKMLTK akan dilaksanakan daripada 26 Oktober sehingga 13 November 2015.
2. Bagi sekolah-sekolah di Negeri Selangor, urusan ini hanya melibatkan PENGISIAN VARIABLE BAHARU MODUL PENGURUSAN SEKOLAH SPS sahaja. Sila abaikan arahan sistem yang berkaitan urusan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) memandangkan sekolah-sekolah di Selangor tidak mempunyai kategori tahap kesusahan P1, P2 atau P3.
3. Urusan ini bertujuan untuk:
i. Pengisian data untuk variabel baharu untuk keperluan EKMLTK di dalam Modul Pengurusan Sekolah.
ii. Pengujian akhir fungsi dan keupayaan Aplikasi EKMLTK. (negeri yang terlibat sahaja)
iii. Menggunakan data Modul Pengurusan Sekolah sebagai data utama di dalam penentuan kategori pedalaman sekolah untuk pelaksanaan pembayaran Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada sekolah-sekolah pedalaman.
4. Pemakluman pelaksanaan urusan ini akan dimuat naik ke Aplikasi EMIS Online dan boleh dibaca mulai 24 Oktober 2015 (Sabtu).
5. Urusan ini melibatkan SEMUA sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
6. Semua sekolah di Selangor dikehendaki membuat semakan dan pengisian data untuk variabel baharu di dalam Modul Pengurusan Sekolah iaitu:
i. Pengurusan Sekolah
ii. Kedudukan Sekolah
iii. Kuarters
iv. Akses Sekolah
7. Bagi melicinkan pelaksanaan urusan pengisian data untuk variabel baharu dan borang permohonan EKMLTK (Tidak melibatkan sekolah di Selangor), Guru Data dan Maklumat Sekolah (GDM) dikehendaki memuat turun dokumen berikut melalui Aplikasi EMIS Online:
Tatacara pengisian data untuk variabel baharu di dalam Modul Pengurusan Sekolah dan Borang Permohonan EKMLTK
Definisi variabel baharu untuk Modul Pengurusan Sekolah dan Borang Permohonan EKMLTK
8. Selain daripada itu, bagi keperluan semakan dan pengesahan data oleh Pengetua/Guru Besar (PGB), semua kata laluan untuk PGB ditukar (reset) kepada kata laluan defaultiaitu “12345678”. Nama pengguna atau user id untuk PGB adalah “PGBXXXXXXX” di mana “XXXXXXX” adalah kod sekolah. Pengetua dan Guru Besar adalah dinasihatkan untuk menukar kata laluan apabila membuat log masuk untuk kali pertama. Pemakluman penukaran kata laluan ini juga akan dimuat naik ke dalam Aplikasi EMIS Online seperti di perkara (4) di atas.
9. Sehubungan itu, semua Penyelia Maklumat Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah adalah dimohon untuk melaksana dan memantau urusan ini di dalam tempoh yang ditetapkan.
10. Sila panjangkan arahan ini kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD masing-masing dengan kadar SEGERA. Sila patuhi tempoh pelaksanaan perkara ini seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Bersama-sama ini juga disertakan dokumen berikut untuk rujukan:
12. Sebarang pertanyaan berkaitan urusan ini, sila berhubung En. Ezani Bin Yusoff, Penolong Pengarah Maklumat di talian 03-5518 9213 atau urus setia peringkat Kebangsaan bagi Negeri Selangor seperti berikut:
Pegawai
|
JPN
|
Telefon/E-mel
|
Cik Sharifah Shalwa Binti Syed Sulaiman
|
Selangor, Perlis
|
03-8884 6543
|
13. Perhatian dan tindakan tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)