Makluman kepada semua Pembantu Tadbir (PT) sekolah. Modul Pengisian Keberadaan Guru telah dibuka semula mulai 18 Februari 2015 (Rabu). Semua PT diminta mengisi Keberadaan Guru ini dalam EMISONLINE (Pengurusan Sekolah) seperti yang telah dibuat sebelum ini dengan menggunakan password PT yang sedia ada. Maklumat lanjut terdapat pada PENGUMUMAN PENTING yang tertera pada Emisonline seperti berikut :
Semasa penggunaan modul tersebut, sila berikan perhatian kepada perkara-perkara
berikut:
1. Semak senarai guru sekolah yang dipaparkan dalam dropdown adalah tepat.
Sekiranya guru tiada dalam senarai dropdown, sila hubungi penyelaras Modul
Pengurusan Guru (MPG) di sekolah anda untuk menyemak status guru
tersebut di sekolah anda. Sekiranya, data guru tidak wujud dalam MPG, sila
wujudkan guru dalam modul tersebut ataupun lengkapkan proses perpindahan
guru. Penambahan data guru ke dalam sub-Modul Keberadaan Guru akan
mengambil masa satu (1) hari. Sekiranya guru wujud dalam MPG, tetapi tiada
dalam senarai dropdown, sila emel Kod Sekolah, no MyKAD, Nama dan
tarikh mula bertugas di sekolah kepada En. Sazril bin Murshid di alamat emel
sazril.murshid@moe.gov.my.
2. Isi data keberadaan guru secara back dated bermula dari hari ini, 18 Februari
2015. Maklumat keberadaan sebelum tarikh tersebut boleh dimasukkan secara
sedikit demi sedikit.
3. Sekiranya terdapat masalah pengisian, mohon jasa baik untuk emel kepada En.
Sazril bin Murshid seperti butiran di atas.
No comments:
Post a Comment