Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman, pihak kami telah membuat pengumuman berkaitan pengemaskinian maklumat murid inklusif hari ini (8 November 2013) di paparan Pengumuman Penting EMIS Online untuk memastikan GDM atau Penyelaras Integrasi dapat membuat pengisian yang betul. Satu manual langkah pengisian telah dimuatnaik di paparan tersebut sebagai rujukan GDM atau Penyelaras Integrasi.
Tujuan pengumuman ini dibuat ialah kerana Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) memutuskan untuk menggunakan data EMIS sebagai sumber data untuk menyokong Inisiatif PPPM - Meningkatkan Enrolmen Inklusif kendalian Bahagian tersebut. Inisiatif ini merupakan antara 25 inisiatif utama bagi PPPM 2013-2025.
Oleh itu, pihak kami mohon kerjasama tuan/puan memastikan pengisian murid inklusif ini tepat berdasarkan manual yang disediakan.
Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
MOHD ZABIL IKHSAN B. MOHAMED NASARUDDIN
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No Tel : 03-88846545
No Faks. : 03-88846546
Berdasarkan maklumat di atas, semua GDM Sepang diminta mengambil tindakan dengan segera membuat pengemaskinian perkara yang berkaitan.
MOHAMED SITHIK BIN MOHAMAD ANIP
Penyelia Teknologi dan Maklumat
PPD Sepang
No comments:
Post a Comment