Friday, November 8, 2013

PENGEMASKINIAN PENGISIAN MAKLUMAT MURID INKLUSIF

Subject: Pengemaskinian Pengisian Maklumat Murid Inklusif 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami telah membuat pengumuman berkaitan pengemaskinian maklumat murid inklusif hari ini (8 November 2013) di paparan Pengumuman Penting EMIS Online untuk memastikan GDM atau Penyelaras Integrasi dapat membuat pengisian yang betul. Satu manual langkah pengisian telah dimuatnaik di paparan tersebut sebagai rujukan GDM atau Penyelaras Integrasi.

Tujuan pengumuman ini dibuat ialah kerana Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) memutuskan untuk menggunakan data EMIS sebagai sumber data untuk menyokong Inisiatif PPPM - Meningkatkan Enrolmen Inklusif kendalian Bahagian tersebut. Inisiatif ini merupakan antara 25 inisiatif utama bagi PPPM 2013-2025.

Oleh itu, pihak kami mohon kerjasama tuan/puan memastikan pengisian murid inklusif ini tepat berdasarkan manual yang disediakan.

Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


MOHD ZABIL IKHSAN B. MOHAMED NASARUDDIN
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No Tel   : 03-88846545
No Faks. : 03-88846546


Berdasarkan maklumat di atas, semua GDM Sepang diminta mengambil tindakan dengan segera membuat pengemaskinian perkara yang berkaitan.

MOHAMED SITHIK BIN MOHAMAD ANIP
Penyelia Teknologi dan Maklumat
PPD Sepang

Sunday, November 3, 2013

Pemantauan Audit Fizikal Sekolah Oleh KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula 6hb September pasukan audit fizikal akan mula turun ke beberapa buah sekolah untuk melihat keadaan bangunan. Oleh itu dimohon GDM update keadaan bilik-bilik seperti format baru dalam submodul bilik dan juga tandas. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan data-data dalam emis terutama bahagian bangunan fizikal diisi dengan lengkap dan  tepat dengan keadaan sebenar  fizikal bangunan untuk tujuan pembangunan.
  
Saya amat2 memerlukan sokongan dan keprihatinan semua guru data Emis untuk mengemaskinikan dengan segera sebelum pasukan audit fizikal datang ke sekolah.

TQ

azlin hairani subki
Azlin Hairani Subki
Penolong Pengarah
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

03-88846358