Friday, November 8, 2013

PENGEMASKINIAN PENGISIAN MAKLUMAT MURID INKLUSIF

Subject: Pengemaskinian Pengisian Maklumat Murid Inklusif 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami telah membuat pengumuman berkaitan pengemaskinian maklumat murid inklusif hari ini (8 November 2013) di paparan Pengumuman Penting EMIS Online untuk memastikan GDM atau Penyelaras Integrasi dapat membuat pengisian yang betul. Satu manual langkah pengisian telah dimuatnaik di paparan tersebut sebagai rujukan GDM atau Penyelaras Integrasi.

Tujuan pengumuman ini dibuat ialah kerana Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) memutuskan untuk menggunakan data EMIS sebagai sumber data untuk menyokong Inisiatif PPPM - Meningkatkan Enrolmen Inklusif kendalian Bahagian tersebut. Inisiatif ini merupakan antara 25 inisiatif utama bagi PPPM 2013-2025.

Oleh itu, pihak kami mohon kerjasama tuan/puan memastikan pengisian murid inklusif ini tepat berdasarkan manual yang disediakan.

Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


MOHD ZABIL IKHSAN B. MOHAMED NASARUDDIN
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No Tel   : 03-88846545
No Faks. : 03-88846546


Berdasarkan maklumat di atas, semua GDM Sepang diminta mengambil tindakan dengan segera membuat pengemaskinian perkara yang berkaitan.

MOHAMED SITHIK BIN MOHAMAD ANIP
Penyelia Teknologi dan Maklumat
PPD Sepang

Sunday, November 3, 2013

Pemantauan Audit Fizikal Sekolah Oleh KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula 6hb September pasukan audit fizikal akan mula turun ke beberapa buah sekolah untuk melihat keadaan bangunan. Oleh itu dimohon GDM update keadaan bilik-bilik seperti format baru dalam submodul bilik dan juga tandas. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan data-data dalam emis terutama bahagian bangunan fizikal diisi dengan lengkap dan  tepat dengan keadaan sebenar  fizikal bangunan untuk tujuan pembangunan.
  
Saya amat2 memerlukan sokongan dan keprihatinan semua guru data Emis untuk mengemaskinikan dengan segera sebelum pasukan audit fizikal datang ke sekolah.

TQ

azlin hairani subki
Azlin Hairani Subki
Penolong Pengarah
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

03-88846358

Thursday, October 24, 2013

SEMAKAN VERIFIKASI DATA OKTOBER 2013

Salam dan Selamat Sejahtera. Diminta semua guru data menyemak dan mengemaskinikan maklumat dalam Emis Online sekolah masing-masing mengikut nombor item yang disenaraikan yang terdapat dalam Query Hanafi Klang2012.

Monday, September 30, 2013

PENGISIAN TARAF JAWATAN JQAF

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya baru saja dimaklumkan oleh rakan Johor, guru JQAF yang diposting itu letakkan sebagai INTERIM.. Mohon GDM lihat surat mereka... Jika :

INTERIM :

Jawatan Luar Norma : JQAF
Taraf Jawatan : SMB
Pengisian : Sementara

Sandaran Terlatih :

Jawatan Luar Norma : JQAF
Taraf Jawatan : STL
Pengisian : Sementara

TQ

azlinhairani
Azlin Hairani Subki
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday, September 24, 2013

PENEMPATAN GURU DLJQ

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua data guru JQAF yang baru dipostingkan telah dimasukkan semula ke sekolah lama. GDM boleh memulihkan data tersebut melalui tab status staf --> guru pindah. Bagi guru yang di postingkan ke sekolah lain, mohon GDM sekolah lama untuk hantar guru ini ke sekolah baru.

TQ

azlinhairani
Azlin Hairani Subki
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
03-88846358

Saturday, September 14, 2013

SEKOLAH YANG MASIH BELUM MEMBERI RESPON DAN MAKLUMAT SEMAKAN LOKASI SEKOLAH

Setelah saya meneliti Whatsapp, msg dan email sehingga jam 12.45 pagi (15/9/2013), berikut adalah sekolah-sekolah yang masih belum memberi sebarang respon dan maklumat pengesahan lokasi sekolah kepada saya sebagaimana yang diminta.

Sekolah-sekolah berikut ialah :

1. SK SUNGAI RAWANG
2. SK SUNGAI PELEK 
3. SK KAMPUNG BAHARU LANJUT
4. SK JENDERAM
5. SK SUNGAI MERAB LUAR
6. SK SUNGAI MELUT (ASLI)
7. SK BUKIT TAMPOI (ASLI) 
8. SK TAMAN SEROJA 
9. SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA
10. SK CYBERJAYA
11. SK METHODIST
12. SJK( C ) DENGKIL
13. SJK ( C ) SEPANG
14. SJK ( C ) SIN MING
15. SJK ( C ) TCHE MIN
16. SJK( T ) LADANG AMPAR TENANG
17. SJK ( T ) BANDAR BARU SALAK TINGGI
18. SJK( T ) DENGKIL
19. SJK( T ) TAMAN PERMATA
20. SJK( T ) SEPANG 
21. SJK( T ) TELUK MERBAU
22. SJK ( T ) LDG WEST COUNTRY BARAT 
23. SMK SUNGAI RAWANG 
24. SMK SERI SEPANG
25. SAM SUNGAI MERAB LUAR
26. SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI 
27. SM VOKASIONAL SEPANG

Diminta Guru Data sekolah tersebut, segera memberi respon dan maklumat pengesahan lokasi sekolah kepada saya untuk saya membuat semakan dan laporan untuk dibawa dalam bengkel penentuan lokasi sekolah di jabatan pada 17/9/2013 (Selasa).

Maklumat boleh diberi melalui :

1. whatsapp  - EMIS SEPANG
2. msg          - 0176409807
3. email         - unitictppds@gmail.com

Kerjasama daripada GURU DATA EMIS SEPANG sangat-sangat diperlukan. Terima kasih.

Wednesday, September 11, 2013

SEMAKAN PENENTUAN LOKASI SEKOLAH

Penentuan Lokasi Sekolah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maklumat terkini yang diterima dari Pn. Rahayu, JPS dan EPRD, meminta semua GDM sekolah mengesahkan lokasi sekolah masing-masing. Semua guru GDM dikehendaki download plan Selangor.pdf pada link dalam email yang dihantar dahulu. Pengesahan hendaklah dimaklumkan kepada saya selewat2nya pada 15/9/2013 sama ada melalui email, sms, call atau whatsapp sebagai bukti pengesahan telah dibuat dan saya akan membuat catatan. Semua pengesahan GDM akan saya bawa dalam Bengkel Penetapan Lokasi Sekolah yang akan dijalankan di Jabatan Pendidikan Selangor pada 17/9/2013 (Selasa). Diminta semua GDM Sepang memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjaga nama baik data Emis Daerah Sepang.

Sekian. Harap maklum.

Mohamed Sithik bin Mohamad Anip
Penyelia Teknologi dan Maklumat
PPD Sepang.

No. Hphone : 017-6409807
Email          : unitictppds@gmail.com
Whatsapp    : EMIS SEPANG

Friday, September 6, 2013

Semakan Update Bangunan Untuk NBOS

Assalamualaikum,

Merujuk kepada perkara di atas.

Pada e-mel yang lepas saya telah menghantar senarai kemaskini keadaan bangunan sekolah yang tidak berubah setelah beberapa tahun. Saya telah membuat semakan semula dan didapati masih ada sekolah yang belum mengambil tindakan untuk mengemaskini data terbabit. Adakah benar keadaan bangunan masih baik seperti dilaporkan sejak 2 tahun yang lalu?

Mohon pihak sekolah mengambil tindakan terhadap perkara tersebut. Pastikan data yang diisi mengenai keadaan bangunan adalah benar seperti keadaan sebenar. Pemantauan oleh KPM akan dilaksanakan bermula minggu hadapan ke sekolah-sekolah. Sila pastikan data EMIS adalah sama dengan keadaan sebenar di sekolah.

Pentadbir sekolah dan guru data adalah bertanggung jawab terhadap data yang dilaporkan. Sekian, terima kasih.

Rahayu binti Tumirin
Penolong Pengarah Data Asas
Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Jabatan Pelajaran Selangor
Tel: 55189213
Fax: 55186300


Perhatian kepada semua guru data. Sila ambil tindakan segera terhadap perkara yang disampaikan oleh Puan Rahayu seperti di atas. Sila klik pada link dibawah dan semak mengikut sekolah masing-masing. Setelah kemaskini dibuat dalam emisonline, sila laporkan pada ruang catatan keterangan (tanda merah).

p/s: Pastikan semua colum disemak.
       - semak update bangunan
       - update 2010
       - update 2011
       - update 2012

Saturday, August 31, 2013

Penentuan Lokasi Sekolah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan penentuan lokasi sekolah ini, sila isikan maklumat di ruang yang berkaitan. Sila klik link di bawah.

Penentuan Lokasi Sekolah

Wednesday, August 28, 2013

Pengumuman terkini dari Cik Azlin (EPRD)

Perhatian kepada semua guru data,

Kelulusan sarjana muda (degree) bagi guru-guru yang bukan siswazah, setelah menerima ijazah mestilah dikemaskini dalam akademik tertinggi dan ikhtisas (jika berkaitan) walaupun belum dilantik sebagai guru siswazah DG41. Sila kemaskinikan SEGERA. Ini adalah bagi urusan pelabelan guru yang akan dilaksanakan di Selangor.

Tuesday, August 27, 2013

Bengkel Verifikasi Data Emis Kutipan Ogos 2013

Dimaklumkan Bengkel Verifikasi Data Emis Kutipan Bulan Ogos 2013 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 30 Ogos 2013 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Seri Sepang

Keperluan : Komputer Riba dan wayar penyambung

Peringatan :

Semua guru data diminta mengemaskinikan data emis sebelum menghadiri bengkel terutama sekali data-data dan ralat yang dinyatakan dalam email yang dihantar kepada tuan puan sebelum ini.

Friday, July 5, 2013

Semak Data Ralat Daerah Sepang 1 dan 2 Julai 2013

Tahniah kepada semua Guru Data Daerah Sepang kerana semua sekolah berjaya menghantar Lampiran Pengesahan Data Sekolah Bulan Jun 2013 mengikut tarikh yang ditetapkan. Syabas diucapkan!!!

Untuk memantapkan lagi Data Emis Selangor dan mengurangkan ralat data Bulan Jun 2013, Penolong Pengarah Sektor Maklumat JPS, Puan Rahayu bin Tumirin meminta semua sekolah Daerah Sepang menyemak ralat sekolah masing-masing yang disertakan untuk dikemaskinikan dalam EmisOnline. Sekiranya tuan/puan telah mengemaskinikan dalam  EmisOnline, sila taip " Data telah dikemaskinikan " di ruang catatan keterangan yang telah disediakan. Sekiranya ralat itu benar, taipkan penjelasan yang berkaitan ralat tersebut.

Saya dikehendaki membuat laporan dan membentangkan pada Mesyuarat Pengurusan Data Emis pada 9 Julai (Selasa) di JPNS.

Data Ralat Daerah Sepang sehingga 1 Julai 2013

Data Ralat Daerah Sepang sehingga 2 Julai 2013

Thursday, June 13, 2013

BENGKEL VERIFIKASI DATA DAN KUTIPAN DATA EMIS JUN 2013

Perhatian kepada semua Guru Data. Bengkel verifikasi data dan kutipan data Emis Jun 2013 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang

Keperluan : Laptop, wayar penyambung

PERINGATAN : Sila kemaskini maklumat data Emis sebelum menghadiri bengkel tersebut.

Surat panggilan mesyuarat telah diemailkan ke sekolah.

Sunday, May 12, 2013

Pengisian Tarikh Memegang Jawatan Semasa PGB Di Dalam EmisOnline

Perhatian kepada semua Guru Data SEKOLAH-SEKOLAH BERIKUT. yang masih mengisi Tarikh Memegang Jawatan Semasa bagi Guru Besar dan Pengetua sekolah masing-masing.

Anda diminta mengisi dengan segera tarikh memegang jawatan semasa Guru Besar dan Pengetua. Ini bertujuan untuk mengemaskini profil PGB di Jabatan Pelajaran Selangor. Anda diminta mengisi tarikh excel online ini dan juga mengemaskini dalam EMISONLINE pada bahagian perkhidmatan Guru Besar dan Pengetua pada Tarikh Memegang Jawatan Semasa.

Sila ambil tindakan dengan segera dan isi sebelum 15 Mei ini. Sila sms kepada saya di talian 0176409807 (Mohd Sithik bin Mohd Anip, Penyelia Teknologi dan Maklumat PPD Sepang) sekiranya cikgu telah kemaskini untuk saya menyemak.

Thursday, March 21, 2013

Laporan Ralat Sekolah Mac 2013

Berikut adalah sekolah-sekolah yang masih belum menghantar Laporan Ralat Sekolah Mac 2013

- Sk Bukit Bangkong (A)
- Sk Sungai Pelek
- Sk Sungai Merab Luar
- Sk Sg Melut (A)
- Sk KLIA
- SK Taman Putra Perdana 2
- Sk Methodist
- SJK(C) Chio Chiao
- SJK(C) Sepang
- SJK(C) Sin Ming
- SJK(C) Wah Lian
- SJK(T) Ladang Ampar Tenang
- SJK(T) Ladang Bute
- SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi
- SJK(T) Sepang
- SJK(T) Teluk Merbau
- SJK(T) Ladang West Country Barat
- SMK Sungai Rawang
- SMK Pantai Sepang Putra
- SMK Putra Perdana
- SMK Dato Abu Bakar Baginda
- SMK Dengkil
- SM Vokasional Sepang

Diminta sekolah-sekolah yang berkenaan sila hantar Laporan Ralat Sekolah Bulan Mac 2013 dengan segera.

Saturday, February 16, 2013

Pesanan dari Pengarah Sektor Maklumat dan Data JPS

Berikut adalah pesanan dari Pengarah Sektor Maklumat dan Data JPS kepada Pegawai Maklumat Daerah untuk disampaikan kepada Guru Data Maklumat (GDM) Daerah seperti berikut :

1. Semua GDM diminta menyemak dan membetulkan perjawatan GPRA, Guru Pemulihan, GTPI dan Guru Pendidikan Khas sebelum 28 Feb 2013

2. Bagi sekolah menengah yang ada tingkatan 6, guru yang mendapat surat perlantikan Tingkatan 6 sahaja yang ditangging Guru Tingkatan 6, kalau tidak mendapat surat perlantikan ditangging sebagai GAB sahaja.

3. Bagitu juga perkara yang sama bagi PK Tingkatan 6, yang mengajar Tingkatan 6, tapi tiada surat lantikan PK Tingkatan 6, jangan tangging PKT6...sebab masalah akan timbul semasa membuat report.

4. Bagi sekolah SAM yang ada tingkatan 6, diminta membuat semakan sama ada gurunya sudah mendapat surat lantikan atau tidak.

Tuesday, January 15, 2013

Mesyuarat Pengurusan Data dan Kutipan Data EMIS Januari 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mesyuarat Pengurusan Data dan Kutipan Data EMIS Januari 2013 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 21 Januari 2013 (Isnin),
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang 
Masa    : 2.00 petang hingga 5.00 petang. 

Oleh itu diminta Guru Data EMIS mengemaskinikan data EMIS sekolah masing-masing dan membuat semakan menggunakan Program Utiliti sebelum menghadiri mesyuarat ini. Guru Data juga diingatkan untuk membawa Komputer riba dan wayar penyambung untuk memudahkan perjalanan mesyuarat kita nanti.

Sekian. Harap maklum.

Mohamed Sithik bin Mohamad Anip
Penyelia Teknologi dan Maklumat
PPD Sepang

Nota :
Surat panggilan Mesyuarat Guru Data EMIS telah pun dimasukkan ke dalam "pigeon hall" sekolah masing-masing.






Tuesday, January 8, 2013

Jadual Kutipan Data EMIS Online Tahun 2013

Jadual Kutipan Data EMIS Online Tahun 2013

Perhatian kepada semua Guru Data EMIS Sepang yang dikasihi. Anda diminta mengemaskinikan data EMIS mulai sekarang dan seterusnya menjalankan semakan utiliti. Setelah siap kemaskini, Lampiran Pengesahan Data Sekolah Bulan Januari 2013 yang telah disahkan hendaklah dihantar ke PPD Sepang
( u.p : Unit Teknologi dan Maklumat )

Wednesday, January 2, 2013

Jadual Kutipan Data EMIS Online Tahun 2013

Jadual Kutipan Data EMIS Online Tahun 2013

Perhatian kepada semua Guru Data EMIS Sepang.

EMIS Online akan dibekukan pada 7 Jan 2013 untuk Laporan Awal Januari 2013. Oleh itu diminta semua Guru Data EMIS mengemaskinikan data emis sekolah masing-masing terutama sekali bagi perkara-perkara berikut dengan segera :

1. Pastikan sesi persekolahan betul sama ada pagi, petang atau pagi dan petang.
2. Enrolmen murid perlu diisi dengan segera sebelum 7 Jan 2013.
3. Pastikan subjek ajar guru betul.