Wednesday, June 14, 2017
INSTRUMEN PEMANTAUAN MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) 2017
Perhatian pada semua Guru Data MPS Daerah Sepang. Pada tahun ini (2017) sebanyak 10 buah sekolah akan dijalankan pemantauan Modul Pengurusan Sekolah (MPS). Di sini disertakan Instrumen Pemantauan Modul Pengurusan Sekolah 2017 sebagai panduan penyediaan fail-fail dan dukomen yang akan dilihat dan dinilai semasa proses pemantauan nanti. Guru Data boleh download Instrumen Pemantauan Modul Pengurusan Sekolah 2017 ini. Pemantauan akan mula dijalankan mulai bulan Julai 2017 sehingga akhir tahun.
Sunday, June 11, 2017
UTILITI SEMAK RALAT TERKINI VERSI 16042017
Semua Guru Data diminta download Utiliti Semak Ralat Terkini Versi 16042017 dan menjalankan semakan data. Ralat yang keluar hendaklah dibetulkan di dalam Modul Pengurusan Sekolah kecuali jika ralat itu benar. Cetakan ralat ini hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar dan dihantar ke PPD Sepang bersama-sama Lampiran Pengesahan Data Sekolah selewat-lewatnya pada 22hb Jun 2017 (Khamis).
TARIKH VERIFIKASI DAN SEMAKAN DATA BAGI KUTIPAN BULAN JUN 2017
Salam,
Perhatian kepada semua Penyelia Maklumat Daerah / Pegawai Meja Modul Pengurusan Sekolah (MPS/EMIS) / Guru Data Sekolah.
Untuk makluman semua, pada bulan Jun ini sekolah akan mula bercuti pada 23 Jun 2017 (Jumaat).
2. Sehubungan dengan itu, dipohon semua daerah dan sekolah menjalankan tindakan seperti berikut :
Tarikh
|
Perkara
|
Tindakan
|
09 Jun 2017 (Jumaat)
|
1. PPD menerima arahan daripada JPN
2. Menerima Utiliti Semakan daripada JPN
3. Menjalankan Uji Lari Utiliti EPRD pada peringkat PPD.
|
JPN
PPD
|
13 Jun 2017 (Selasa)
|
1. Mengeluarkan makluman kepada sekolah berhubung kutipan Data Jun 2017.
2. Mengedarkan Utiliti Semakan kepada semua sekolah-sekolah
3. Menjalankan verifikasi secara atas talian mengenai ralat-ralat awal semua sekolah (Bukti emel semakan perlu di lampirkan untuk makluman En Ezani Yusoff)
|
JPN
PPD
Sekolah
|
14 Jun 2017 (Rabu)
Hingga
21 Jun 2017 (Rabu)
|
1. Proses verifikasi dan semakan data berlaku pada peringkat sekolah.
2. Proses verifikasi juga berjalan pada peringkat PPD secara atas talian.
|
PPD
Sekolah
|
22 Jun 2017 (Khamis)
|
1. Tarikh akhir cetakan penghantaran Lampiran Pengesahan Sekolah dan dihantar ke PPD
|
PPD
Sekolah
|
7 Julai 2017 (Jumaat)
|
1. Penghantaran Laporan LPMS ke Jabatan
|
PPD
Sekolah
|
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
Terima kasih.
EZANI BIN YUSOFF
Penolong Pengarah,
Maklumat Asas Pendidikan (MAP),
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT,
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR,
JALAN JAMBU BOL 4/3E, SEKSYEN 4,
40604 SHAH ALAM, SELANGOR.
Subscribe to:
Posts (Atom)