Pengisian Data Keberadaan Guru Setiap Bulan Oleh Sekolah-sekolah Daerah Sepang. Memandangkan Sistem Kutipan Data Keberadaan Guru masih belum stabil lagi, sedangkan data ini sangat perlu untuk Program Tranformasi Daerah (DTP) dan Dialog Prestasi antara SEKOLAH, PPD, JPN dan KPM, oleh itu semua PT sekolah Daerah Sepang diminta mengisi DATA KEBERADAAN GURU DAERAH SEPANG TAHUN 2015 dalam Borang Online format baru. PT diminta mengisi :
- Nama Sekolah
- Bulan (mengikut bulan data dikutip)
- Bilangan Guru (bulan semasa)
- Jumlah guru tidak hadir (jumlah keseluruhan dalam sebulan)
- Bilangan Hari Persekolahan
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En.Shaiful Bahri bin Ghazali, PPPD Pengurusan Sekolah, En. Faizam bin Abd Wahab, Penyelia Kanan Sekolah Rendah (Guru) dan En. Mohamed Sithik bin Mohamad Anip, Penyelia Teknologi dan Maklumat, PPD Sepang.
Monday, August 17, 2015
Friday, August 14, 2015
INSTRUMEN TERKINI (13 OGOS 2015) PEMANTAUAN MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS)
Perhatian kepada semua Guru Data Sekolah Daerah Sepang. Pemantauan Modul Pengurusan Sekolah (MPS) akan dijalankan mulai bulan Oktober 2015. Pemantauan yang dijalankan adalah berdasarkan Borang Instrumen Pemantauan Pengurusan Sekolah 2015. Oleh itu Guru Data diminta menyemak dan menyediakan serta mengemaskini perkara-perkara dan maklumat yang diperlukan berdasarkan Borang Instrumen Pemantauan Pengurusan Sekolah 2015.
Sebarang pertanyaan mengenai Pemantauan Modul Pengurusan Sekolah (MPS) ini boleh menghubungi En. Mohamed Sithik bin Mohamad Anip, Penyelia Teknologi dan Maklumat, PPD Sepang di talian 03-8706 9445
Sebarang pertanyaan mengenai Pemantauan Modul Pengurusan Sekolah (MPS) ini boleh menghubungi En. Mohamed Sithik bin Mohamad Anip, Penyelia Teknologi dan Maklumat, PPD Sepang di talian 03-8706 9445
Subscribe to:
Posts (Atom)