Tahniah kepada semua Guru Data Daerah Sepang kerana semua sekolah berjaya menghantar Lampiran Pengesahan Data Sekolah Bulan Jun 2013 mengikut tarikh yang ditetapkan. Syabas diucapkan!!!
Untuk memantapkan lagi Data Emis Selangor dan mengurangkan ralat data Bulan Jun 2013, Penolong Pengarah Sektor Maklumat JPS, Puan Rahayu bin Tumirin meminta semua sekolah Daerah Sepang menyemak ralat sekolah masing-masing yang disertakan untuk dikemaskinikan dalam EmisOnline. Sekiranya tuan/puan telah mengemaskinikan dalam EmisOnline, sila taip " Data telah dikemaskinikan " di ruang catatan keterangan yang telah disediakan. Sekiranya ralat itu benar, taipkan penjelasan yang berkaitan ralat tersebut.
Saya dikehendaki membuat laporan dan membentangkan pada Mesyuarat Pengurusan Data Emis pada 9 Julai (Selasa) di JPNS.
Data Ralat Daerah Sepang sehingga 1 Julai 2013
Data Ralat Daerah Sepang sehingga 2 Julai 2013